Entry kali ni Cik Daisy nak cerita hari kedua berada di bumi Gajah Putih. Lepas subuh terus bersiap dan kumpul di lobi hotel. First sekali cari sarapan pagi. Stail orang di sini lebih kurang sama dengan rakyat negeri Kelantan. Apa yang sama? Sarapan pagi kat sini adalah nasi berlauk. Nak jumpa roti canai atau makanan yang ringan-ringan memang susah sikit.
Destinasi pertama pagi itu adalah menuju ke Kilang Baju. Dekat kilang ni korang boleh dapatkan berbagai jenis T-Shirt dengan harga yang sangat2 murah.Design pun memang cantik. Souvenirs pun boleh dapatkan di sini dengan harga borong. Macam-macam barang yang boleh korang pilih untuk diberikan pada office mates, family.. Ada key-chains, magnet fridge, purse, dan banyak lagi.
Seterusnya, ayuh ke "Big Bee Farm Phuket..". Dekat sini korang boleh dapatkan madu yang original. Macam-macam produk berasaskan madu yang ada seperti ais krim. Pemilik farm ni memang fasih berbahasa melayu. Kalau tak silap aku, owner ni orang Malaysia yang berkahwin dengan orang Thailand.
Destinasi terakhir sebelum makan tengahari adalah di "Gems Gallery" dan "Sri Bhurapha Orchid". Sesiapa yang minat aksesori wanita boleh la dapatkan di Gem Gallery. Aku just cuci-cuci mata je. Di Sri Bhurapha Orchid pula korang boleh dapatkan berbagai jenis perisa gajus. Biasanya di Malaysia ada gajus bakar sahaja, tapi di sini macam-macam perisa gajus korang boleh try. Ada perisa Tomyam, Wasabi, Butter, Garlic dan banyak lagi.
Selepas makan tengahari dan solat, kami menuju ke "Karon View Point- Phramtep-Cap". Pemandangan kat situ memang indah dan cantik sangat-sangat. Macam dalam lukisan pun ada..
Masa on the way turun dari Karon View, terlihat ada "Elephant Trekking". So pak cik driver berhenti sekejap bagi peluang sesiapa yang nak merasai pengalaman menunggang Gajah. Bayaran 500bath per person. Disebabkan agak kepenatan, aku just bergambar dengan gajah-gajah yang comel ni sahaja. Memang dah tak larat nak naik gajah.
Maka tamatlah aktiviti untuk hari kedua di Phuket. For the night, just enjoy suasana bandar Phuket. Jalan-jalan di sekitar Bangla Road dan Patong Beach cari beberapa buah tangan. Semalam kita cuci mata, so hari kedua kita shopping pulak. Sesiapa nak rasa "banana pancake" boleh beli di gerai yang ada sekitar situ. Tapi mesti pandai pilih gerai sebab ada yang tidak halal.Take noted ok..

Bajet Hari Kedua
B'fast, dinner, lunch : 356bath = RM 44.70
Shopping : 1435bath = RM 180.00
TOTAL : RM 224.70