Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

+TiPs : TrIp PhUkEt & HaTyAi 2017..+


Assalamualaikum wbkt..
Hari ni aku nak ceritakan serba sedikit pengalaman aku travel ke selatan Thailand. Sebelum aku pergi lebih details, aku nak kongsi sikit tips-tips ringkas yang mungkin berguna untuk korang yang memang plan nak bercuti ke sana juga.
1.  When to go?
Firstly korang kenalah tahu waktu yang sesuai untuk melancong ke sana. Jangan pakai redah je ok.. WAJIB study benda tu..  Bagi aku masa yang terbaik ke sana adalah start bulan November sehingga Febuari. *high & peak season. Sebab apa? Sebab cuaca masa tu memang cantik dan sesuai untuk buat aktiviti macam scuba diving, berkayak,dan snap pic dgn posing2 ala-ala model majalah Mangga gito. Ha..ha..ha.. Tapi korang kena bersedia bersesak-sesak dengan manusia yang datang bercuti waktu tu. Kalau korang pergi masa low season (May  to September), alamaknya korang duduk terperak dalam bilik hotel je lah. Di situ sudah rugi bayar tiket flight & hotel mahal-mahal.
high & peak season.. *ehsan mr Goggle..
2.       How to go?
Korang kena plan mcm mana nak pergi ke sana. Kalau nak ke selatan Thai, you guys have two options sama ada nak pergi naik flight ataupun ikot jalan darat sahaja. Ada orang yang rasa spoil mood nak pergi travel bila fikir bab duit untuk flight. Ada yang kata orang yang kaya saja yang mampu naik flight. Sorry, aku memang tak setuju 100%. Actually, ada je cara nak dapatkan tiket flight dengan harga yang murah..
Back to the topic, kalau korang plan nak ke sana naik flight, pastikan tiket da booking awal-awal. Kalau boleh 3 bulan awal.  Jangan beli last minute. In case la kalau korang dah memang niat nak habiskan duit, boleh la try cara ni... Tiket pun pastikan beli tiket pergi dan balik. Jangan beli tiket pergi sahaja. Nanti ada jugak yang kena buang kerja sebab lama sangat cuti sebab tak boleh balik.
Bagi yang nak berjimat, korang boleh pilih option kedua iaitu ikut jalan darat macam yang aku pilih. Actually, ramai member aku tanya kenapa pilih jalan darat? Ramai yang cakap ‘waste the time’ ,’tak thrill la’ and bla..bla.. Sebab aku pilih jalan darat ialah aku nak tengok social life orang di sana. Kalau naik flight, kita cuma boleh lihat social life penduduk tempat yang kita nak pergi tu sahaja.  Bila ikut jalan darat, korang mesti akan berhenti beberapa station macam R&R, tempat isi minyak, kedai makan dll. Dari situ kita dapat kenal dan membuat perbandingan. Macam Malaysia jugak kan.. cara orang pantai timur tak sama dengan cara orang utara.. Sama jugak dengan cara hidup mereka.Berbeza setiap tempat.
3.       Where to go?
Bagi yang backpacker, korang kena rancang betul-betul hala tuju korang. Contohnya, nak menginap di mana, first day nak pergi mana, nak naik apa, and bla..bla..  Susun betul-betul jadual korang. Penting yea semua tu. Jangan dah sampai sana baru sibuk nak buat perancangan. Kalau pergi dengan kawan2 dengan tak ada plan macam ni, memang confirm gaduh.Percaya la cakap aku *pengalaman sendiri.
Trip aku kali ni aku guna travel agent. Sebab nya? Firstly, aku memang malas nak drive jauh-jauh. Kedua, aku malas nak buat plan. Ketiga, aku malas nak serabutkan kepala. Kesimpulannya adalah “MALAS’. Hahaha.. *sila jangan ikot aku yea.. Korang follow je travel agent. Semua mereka dah uruskan dari A sampai Z. Kat mana nak cari travel agent? Korang google atau search je dalam FB. Bersepah je agensi pelancongan. Korang kena pandai pilih je sebab setiap agensi menawarkan harga  dan kemudahan yang berbeza. Agensi yang aku pilih ialah “Ayden Avverose Travel”. Ok ke? Aku boleh bagi 3 bintang sahaja. *nanti aku story kenapa 3 bintang saja aku bg.
4.       Passport/Visa
Benda “WAJIB” yang korang mesti ada bila keluar dari Malaysia adalah Passport. Passport kiranya melambangkan identiti diri korang sb IC korang memang tak laku kat sana. Bagi yang tak ada passport boleh la buat dekat kaunter imigresen dengan harga RM200 untuk tempoh 5 tahun. Untuk ke Thai korang tak perlu Visa yea. So, jangan nak gedik-gedik pergi mohon Visa.
5.       Fulus/Duit
Kalau tak de duit memang tak makan dan shopping la aku. Hahaha.. Duit pastikan tukar awal-awal dekat Malaysia ye. Kena pandai cari tempat tukar.  Aku tukar masa tu 100bath bersamaan RM12.50. Kire untung la tu. Kawan aku tukar last minit dapat 100bath-RM13.00.Nak tukar kat sana pun boleh tapi memang rugi . Jangan korang guna duit Malaysia pulak untuk shopping kat sana. Berdasarkan pengalaman aku, ada peniaga kat sana masih terima duit Malaysia dalam urusan jual beli tapi majoriti memang pakai mata wang mereka sendiri. Satu lagi, jangan lupa aktifkan kat ATM korang kepada international.In case lah korang tak cukup duit nak belanja. Macam mana nak aktif? Korang call je bank dan follow instruction.Kalau CIMB Bank boleh apply online sahaja melalui cimbclicks.. Ada charge yea bagi setiap pengeluaran bergantung kepada bank korang guna. Nak cari bank sama dengan kad ATM korang memang jenuh la.
6.       Keperluan Diri
Aku cadangkan untuk travel ke Phuket, korang tak perlu la bawa pakaian banyak-banyak. Cukup dalam 4 pasang saja. Pakaian pulak mestilah bersesuaian dengan aktiviti pantai dan senang untuk berjalan. Jangan la dok pakai jubah, skirt kembang2 bagai, dengan high heel. Cukup T-Shirt dengan seluar jean atau seluar palazzo je *nak p bercuti yea bkn fashion show.
Daripada segi kelengkapan, aku nak pesan jangan lupa bawak ‘cream sunblock’, sunglass, and topi. Cuaca kat sana sangat panas dan kering. Panas kat Malaysia kira ok lagi sebab berangin tp kat sana panas nya mmg matahari tegak atas kepala. Angin pun tak ada. Kalau dulu selalu merungut “panasnya Malaysia...” Bila dah pergi Negara lain baru tau ada lagi yang lebih panas. So, bersyukur la dengan apa yang ada ok. * baru panas dunia.belum di akhirat nanti..insaf sekejap.. astafirullah hal azim..
Bagi yang ada masalah migraine, gastrik ataupun penyakit lain, jangan lupa bawak stok ubat siap-siap. Jangan tengah sakit baru sibuk nak cari ubat yea. Memang banyak farmasi kat sana tapi kita sendiri tak yakin isi kandungan ubat tu. So, please be careful. Jangan pakai beli je.
Itulah serba sedikit tips yang aku boleh kongsikan dengan korang semua. Kalau korang rasa berguna boleh follow dan kalau rasa mengarut jangan follow ok. Bergantung kepada diri masing-masing. Next entry aku akan ceritakan pengalaman aku bercuti di Phuket dengan travel agent. K la..da..aaaaaa..


+ReSePi CrEaMs PuFf (SiMpLe)

Assalamualaikum semua...

Hari ini Cik Daisy nak share resepi cream puff yang sangat simple, mudah, dan yang penting lazat. Bahan yang diperlukan juga tak banyak dan  tak susah nak cari. Boleh dapatkan sahaja bahan-bahan ini di kedai runcit ataupun kedai kek yang berdekatan yea..

Bahan-bahan ...


Tepung Gandum                   - 1 cawan *diayak siap-siap yea..
Air                                        - 1 cawan
Telur Gred B                        - 3 biji 
Buttercup/Mentega              - 1/2 cawan
Esen Vanilla                         - 1 sudu kecil


So kita move kepada cara penyediaan cream puff ni...

  1. Mula-mula sekali ambil periuk. Letak air dan buttercup yang sudah disukat ke dalam periuk. Panaskan di atas dapur dengan api yang sederhana.
  2. Kacau bahan tersebut sehingga larut. Tunggu sehingga bahan mendidih.
  3. Bila bahan sudah mendidih, masukkan tepung yang sudah di ayak ke dalam periuk tadi. Kacau laju-laju dengan sudip kayu bagi memastikan tepung tu tak melekat di periuk. *api jangan padam dulu yea...
  4. Bila bahan tadi sudah jadi doh, tutup api dapur. Ketepikan dalam bekas lain.

Inilah doh yang akan terhasil.

    5. Lepas tu, masukkan telur. Jangan masuk sekaligus yea 3 biji. Masuk satu demi satu *memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi yea..  

        note: Telur boleh dimasukkan walaupun doh masih panas.


   6. Masukkan essen vanilla dan kacau sekali lagi laju-laju. After that, boleh la kita mulakan tekap atas dulang pembakar.



Cik Daisy cuma hentam guna acuan biskut dahlia sahaja memandangkan piping bag tak ada. Tapi bentuk yang akan terhasil still cantik walaupun kecil dan comel lote. 

note: jangan lupa sapukan mentega pada dulang pembakar. Sebelum bakar cream puff ni, renjis dulu dengan air bagi memastikan bentuk cream puff masih kekal cantik selepas di bakar.

  7. Bakar dalam oven selama 25 minit pada suhu 200C bergantung kepada oven masing-masing yea. Agak-agak cream puff dah keperangan, boleh la di bawak keluar. Cik Daisy suka yang hangit sikit sebab rasanya lebih garing dan tak mudah lemau bila makan.


Cream puff yang sudah siap di bakar. Pastikan cream puff  korang merekah yea. Kalau tak merekah, maknanya ada something wrong dengan cream puff korang. 

Untuk inti, Cik Daisy hanya gunakan whipping cream ekspress sahaja. Rasanya memang agak tawar sedikit tapi selepas di tabur gula atas cream puff, rasanya bertambah ok.. kira balance lah.. tak manis sangat dan tak tawar sangat. 

note: Korang boleh gantikan inti dengan sos kastard, nutella, sos creamcheese, durian ataupun apa-apa sahaja mengikut citarasa. *jangan letak sambal tempoyak sudah.




Spray whipping cream yang Cik Daisy guna.



Tadaaa... Ini lah hasil nya cream puff yang sudah siap di hias.. Selamat mencuba yea.. 





   






+PuLaU bIdOnG hEbAt!!!+

Assalamualaikum dan selamat malam..

Malam ni aku nak cerita sikit pasal pengalaman aku pergi Survival Laut di Pulau Bidong.Kalau korang nak tahu Pulau Bidong adalah salah satu pulau kepunyaan UMT.Semua students baru UMT di beri peluang menikmati keburukan keindahan pulau ni.Lagipun 20% markah koko akan diambil melalui aktiviti ini.

Aktiviti yang dijalankan sepanjang Survival Laut ialah water confident*walaupun mmg x confident snorkeling,jungle tracking,berkayak.dan last sekali adalah persembahan malam kebudayaan.Kami semua dibahagikan kepada 4 kumpulan.Aku berada dalam kumpulan ketam!!!

Coral di dasar laut Pulau Bidong..Cantik sungguh ciptaan-Mu Allah.

Ehsan dari Google...

Firstly,kami semua mesti naik bot pergi ke pulau tu.*takkanlah nak g pulau naik bas cik sheira oi.. Aku group yang pertama sampai sebab bot yang aku naik sangat-sangat laju.Tapi yang laju paling syok sekali....

Pengalaman pertama aku naik bot.Memang syok!!!!


Aku dan Kak Farah.Muka Kak Farah masa ni pucat sebab mabuk laut sikit..Cian dia....

Sebaik saja sampai,kami terus buat semua aktiviti dengan bimbingan abang dan akak fasi.Mula-mula memang takut.Aku dah mengucap awal-awal lagi.Manalah tahu Allah nak tarik nyawa aku masa tu jugak.Tapi Alhamdulillah aku masih selamat.Terima Kasih Ya Allah..

Aktiviti yang paling aku suka ialah snorkeling*walaupun rasa sesak nafas sebab memang kagum giler takut dasar laut.Macam-macam aku jumpa dalam dasar laut tu.Yang paling cantik ialah terumbu karang dan ikan Nemo..Aktiviti yang paling aku tak suka ialah berkayak.Serius aku cakap,memang penak sangat-sangat berkayak.Hampir 12km aku berkayak dekat laut tu.Sampai nak putus semua urat tangan aku.

Muka happy masa mula-mula sampai....

Sama tak???

 Selamat datang ke 'Pulau Bidong'.

Hari kedua pulak memang tak ada aktiviti yang dijalankan sebab semua aktiviti berjaya dilakukan pada hari semalam.Yang ada cuma penyampaian hadiah dan gotong-royong saje..

Aku dan Kak Adda.*owg yang paling suka kacau aku..


 Me and Kak Nina *roomate yang satu kepala dengan aku!!!

 Kawan aku yang datang dari Sabah *jauh tuuuuuuu..

My roomates.....
 Dengan Kak Farah lagiiiiii....

 Ex roomate aku masa di matrik.Jodoh kami panjang jumpa di UMT kembali...

 Aini and me...

 Orang yang paling banyak bantu aku...

 Sekali lagi!!!

 Not ready... *tersesat sorang kat belakang

 My Friends....

My classmates...

 Lastly,me and Kak Izan...

Kumpulan Ketam dinobatkan sebagai juara keseluruhan..Yahoooo!!Menang dan kalah bagi aku semua tu tak penting.Apa yang penting??KERJASAMA!!!!

Bagi sesiapa yang nak merasai pengalaman macam aku,bolehlah mohon ramai-ramai masuk ke UMT. Insya Allah anda akan seronok merasai pengalaman ini....

Ok lah..daaaa.....enjoys reading k!!!!!!