Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

+TiPs : TrIp PhUkEt & HaTyAi 2017..+


Assalamualaikum wbkt..
Hari ni aku nak ceritakan serba sedikit pengalaman aku travel ke selatan Thailand. Sebelum aku pergi lebih details, aku nak kongsi sikit tips-tips ringkas yang mungkin berguna untuk korang yang memang plan nak bercuti ke sana juga.
1.  When to go?
Firstly korang kenalah tahu waktu yang sesuai untuk melancong ke sana. Jangan pakai redah je ok.. WAJIB study benda tu..  Bagi aku masa yang terbaik ke sana adalah start bulan November sehingga Febuari. *high & peak season. Sebab apa? Sebab cuaca masa tu memang cantik dan sesuai untuk buat aktiviti macam scuba diving, berkayak,dan snap pic dgn posing2 ala-ala model majalah Mangga gito. Ha..ha..ha.. Tapi korang kena bersedia bersesak-sesak dengan manusia yang datang bercuti waktu tu. Kalau korang pergi masa low season (May  to September), alamaknya korang duduk terperak dalam bilik hotel je lah. Di situ sudah rugi bayar tiket flight & hotel mahal-mahal.
high & peak season.. *ehsan mr Goggle..
2.       How to go?
Korang kena plan mcm mana nak pergi ke sana. Kalau nak ke selatan Thai, you guys have two options sama ada nak pergi naik flight ataupun ikot jalan darat sahaja. Ada orang yang rasa spoil mood nak pergi travel bila fikir bab duit untuk flight. Ada yang kata orang yang kaya saja yang mampu naik flight. Sorry, aku memang tak setuju 100%. Actually, ada je cara nak dapatkan tiket flight dengan harga yang murah..
Back to the topic, kalau korang plan nak ke sana naik flight, pastikan tiket da booking awal-awal. Kalau boleh 3 bulan awal.  Jangan beli last minute. In case la kalau korang dah memang niat nak habiskan duit, boleh la try cara ni... Tiket pun pastikan beli tiket pergi dan balik. Jangan beli tiket pergi sahaja. Nanti ada jugak yang kena buang kerja sebab lama sangat cuti sebab tak boleh balik.
Bagi yang nak berjimat, korang boleh pilih option kedua iaitu ikut jalan darat macam yang aku pilih. Actually, ramai member aku tanya kenapa pilih jalan darat? Ramai yang cakap ‘waste the time’ ,’tak thrill la’ and bla..bla.. Sebab aku pilih jalan darat ialah aku nak tengok social life orang di sana. Kalau naik flight, kita cuma boleh lihat social life penduduk tempat yang kita nak pergi tu sahaja.  Bila ikut jalan darat, korang mesti akan berhenti beberapa station macam R&R, tempat isi minyak, kedai makan dll. Dari situ kita dapat kenal dan membuat perbandingan. Macam Malaysia jugak kan.. cara orang pantai timur tak sama dengan cara orang utara.. Sama jugak dengan cara hidup mereka.Berbeza setiap tempat.
3.       Where to go?
Bagi yang backpacker, korang kena rancang betul-betul hala tuju korang. Contohnya, nak menginap di mana, first day nak pergi mana, nak naik apa, and bla..bla..  Susun betul-betul jadual korang. Penting yea semua tu. Jangan dah sampai sana baru sibuk nak buat perancangan. Kalau pergi dengan kawan2 dengan tak ada plan macam ni, memang confirm gaduh.Percaya la cakap aku *pengalaman sendiri.
Trip aku kali ni aku guna travel agent. Sebab nya? Firstly, aku memang malas nak drive jauh-jauh. Kedua, aku malas nak buat plan. Ketiga, aku malas nak serabutkan kepala. Kesimpulannya adalah “MALAS’. Hahaha.. *sila jangan ikot aku yea.. Korang follow je travel agent. Semua mereka dah uruskan dari A sampai Z. Kat mana nak cari travel agent? Korang google atau search je dalam FB. Bersepah je agensi pelancongan. Korang kena pandai pilih je sebab setiap agensi menawarkan harga  dan kemudahan yang berbeza. Agensi yang aku pilih ialah “Ayden Avverose Travel”. Ok ke? Aku boleh bagi 3 bintang sahaja. *nanti aku story kenapa 3 bintang saja aku bg.
4.       Passport/Visa
Benda “WAJIB” yang korang mesti ada bila keluar dari Malaysia adalah Passport. Passport kiranya melambangkan identiti diri korang sb IC korang memang tak laku kat sana. Bagi yang tak ada passport boleh la buat dekat kaunter imigresen dengan harga RM200 untuk tempoh 5 tahun. Untuk ke Thai korang tak perlu Visa yea. So, jangan nak gedik-gedik pergi mohon Visa.
5.       Fulus/Duit
Kalau tak de duit memang tak makan dan shopping la aku. Hahaha.. Duit pastikan tukar awal-awal dekat Malaysia ye. Kena pandai cari tempat tukar.  Aku tukar masa tu 100bath bersamaan RM12.50. Kire untung la tu. Kawan aku tukar last minit dapat 100bath-RM13.00.Nak tukar kat sana pun boleh tapi memang rugi . Jangan korang guna duit Malaysia pulak untuk shopping kat sana. Berdasarkan pengalaman aku, ada peniaga kat sana masih terima duit Malaysia dalam urusan jual beli tapi majoriti memang pakai mata wang mereka sendiri. Satu lagi, jangan lupa aktifkan kat ATM korang kepada international.In case lah korang tak cukup duit nak belanja. Macam mana nak aktif? Korang call je bank dan follow instruction.Kalau CIMB Bank boleh apply online sahaja melalui cimbclicks.. Ada charge yea bagi setiap pengeluaran bergantung kepada bank korang guna. Nak cari bank sama dengan kad ATM korang memang jenuh la.
6.       Keperluan Diri
Aku cadangkan untuk travel ke Phuket, korang tak perlu la bawa pakaian banyak-banyak. Cukup dalam 4 pasang saja. Pakaian pulak mestilah bersesuaian dengan aktiviti pantai dan senang untuk berjalan. Jangan la dok pakai jubah, skirt kembang2 bagai, dengan high heel. Cukup T-Shirt dengan seluar jean atau seluar palazzo je *nak p bercuti yea bkn fashion show.
Daripada segi kelengkapan, aku nak pesan jangan lupa bawak ‘cream sunblock’, sunglass, and topi. Cuaca kat sana sangat panas dan kering. Panas kat Malaysia kira ok lagi sebab berangin tp kat sana panas nya mmg matahari tegak atas kepala. Angin pun tak ada. Kalau dulu selalu merungut “panasnya Malaysia...” Bila dah pergi Negara lain baru tau ada lagi yang lebih panas. So, bersyukur la dengan apa yang ada ok. * baru panas dunia.belum di akhirat nanti..insaf sekejap.. astafirullah hal azim..
Bagi yang ada masalah migraine, gastrik ataupun penyakit lain, jangan lupa bawak stok ubat siap-siap. Jangan tengah sakit baru sibuk nak cari ubat yea. Memang banyak farmasi kat sana tapi kita sendiri tak yakin isi kandungan ubat tu. So, please be careful. Jangan pakai beli je.
Itulah serba sedikit tips yang aku boleh kongsikan dengan korang semua. Kalau korang rasa berguna boleh follow dan kalau rasa mengarut jangan follow ok. Bergantung kepada diri masing-masing. Next entry aku akan ceritakan pengalaman aku bercuti di Phuket dengan travel agent. K la..da..aaaaaa..