Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

+ReSePi CrEaMs PuFf (SiMpLe)

Assalamualaikum semua...

Hari ini Cik Daisy nak share resepi cream puff yang sangat simple, mudah, dan yang penting lazat. Bahan yang diperlukan juga tak banyak dan  tak susah nak cari. Boleh dapatkan sahaja bahan-bahan ini di kedai runcit ataupun kedai kek yang berdekatan yea..

Bahan-bahan ...


Tepung Gandum                   - 1 cawan *diayak siap-siap yea..
Air                                        - 1 cawan
Telur Gred B                        - 3 biji 
Buttercup/Mentega              - 1/2 cawan
Esen Vanilla                         - 1 sudu kecil


So kita move kepada cara penyediaan cream puff ni...

  1. Mula-mula sekali ambil periuk. Letak air dan buttercup yang sudah disukat ke dalam periuk. Panaskan di atas dapur dengan api yang sederhana.
  2. Kacau bahan tersebut sehingga larut. Tunggu sehingga bahan mendidih.
  3. Bila bahan sudah mendidih, masukkan tepung yang sudah di ayak ke dalam periuk tadi. Kacau laju-laju dengan sudip kayu bagi memastikan tepung tu tak melekat di periuk. *api jangan padam dulu yea...
  4. Bila bahan tadi sudah jadi doh, tutup api dapur. Ketepikan dalam bekas lain.

Inilah doh yang akan terhasil.

    5. Lepas tu, masukkan telur. Jangan masuk sekaligus yea 3 biji. Masuk satu demi satu *memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi yea..  

        note: Telur boleh dimasukkan walaupun doh masih panas.


   6. Masukkan essen vanilla dan kacau sekali lagi laju-laju. After that, boleh la kita mulakan tekap atas dulang pembakar.



Cik Daisy cuma hentam guna acuan biskut dahlia sahaja memandangkan piping bag tak ada. Tapi bentuk yang akan terhasil still cantik walaupun kecil dan comel lote. 

note: jangan lupa sapukan mentega pada dulang pembakar. Sebelum bakar cream puff ni, renjis dulu dengan air bagi memastikan bentuk cream puff masih kekal cantik selepas di bakar.

  7. Bakar dalam oven selama 25 minit pada suhu 200C bergantung kepada oven masing-masing yea. Agak-agak cream puff dah keperangan, boleh la di bawak keluar. Cik Daisy suka yang hangit sikit sebab rasanya lebih garing dan tak mudah lemau bila makan.


Cream puff yang sudah siap di bakar. Pastikan cream puff  korang merekah yea. Kalau tak merekah, maknanya ada something wrong dengan cream puff korang. 

Untuk inti, Cik Daisy hanya gunakan whipping cream ekspress sahaja. Rasanya memang agak tawar sedikit tapi selepas di tabur gula atas cream puff, rasanya bertambah ok.. kira balance lah.. tak manis sangat dan tak tawar sangat. 

note: Korang boleh gantikan inti dengan sos kastard, nutella, sos creamcheese, durian ataupun apa-apa sahaja mengikut citarasa. *jangan letak sambal tempoyak sudah.




Spray whipping cream yang Cik Daisy guna.



Tadaaa... Ini lah hasil nya cream puff yang sudah siap di hias.. Selamat mencuba yea..